5 Tips Makeup Untuk Muslimah

June 27, 2017
Photo: CoverGirl Nura Afia

Kadangkala kita rasa memang leceh untuk bersolek kerana tengah hari nanti kena buangkan makeup pulak. Tapi hari ini Kak Amyza hendak share 5 tips bagaimana anda boleh remove and reapply makeup anda dengan senang.

#1 - Guna travel-sized makeup wipes

Makeup wipes yang berkualiti tinggi boleh menanggalkan makeup anda dengan sekali lap sahaja. Dalam banyak-banyak jenama makeup wipes, Biore dan Bifesta memang best untuk menanggalkan makeup dengan senang, cepat dan berkesan.


#2 - Cipta makeup remover sendiri

Sememangnya makeup wipes bukannya murah kalau digunakan hari-hari. Oleh itu, anda boleh mencipta makeup remover sendiri dengan campurkan makeup remover yang oil-based dengan air. Pastikan nisbah kedua-dua cecair itu adalah 1:1. Kemudian masukkan ke dalam botol travel spray. Apabila perlu, goncangkan botol dan spray atas makeup anda dan lap dengan tisu. Senangkan?


#3 - Menghalang foundation transfer ke tepi tudung

Gunakan finishing spray untuk menghalang foundation transfer ke tepi-tepi atau celah-celah tudung. Finishing spray atau setting spray tu bukan sahaja spray atas muka yang dah makeup tu... Spray kat tepi tudung tu sekali. Kalau yang pakai tudung mahal-malah tambah pulak warna putih, tips ni memang wajib follow. Brand yang kami rekomen adalah Urban Decay All Nighter dan Mary Kay Makeup Finishing Spray by Skindinavia.


#4 - Gunakan tinted moisturizer

Kalau dah tahu kena cuci makeup tu, jangan pakai makeup tebal-tebal. Leceh nanti nak cuci. Gunakan tinted moisturizer atau BB Cream setakat nak ratakan warna kulit dan cover sikit bintik ataupun jerawat. Jauhkan dari foundation, sebab foundation perlukan removal steps yang lebih seperti makeup remover dan cleanser. Yang penting, jaga kulit baik-baik, so guna tinted moisturizer pun jadilah.


#5 - Amalkan konsep minimalist

Untuk makeup harian, gunakan tinted moisturizer, eyeliner & maskara yang bukan waterproof dan lipstik yang senang dicuci. Bila kena cuci nanti guna #1 atau #2 sahaja, tak perlu gunakan cleanser. Untuk touch-up pulak, bawa mini, deluxe atau travel-sized produk dalam beg tangan anda supaya produk semua tidak ambil tempat yang banyak untuk disimpan.


Itu sahaja tips buat kali ini. Kalau anda ada tips makeup untuk Muslimah, tolong share-kan dalam komen di bawah ye...

No comments:

Powered by Blogger.