Adakah Lipstik Huda Beauty Betul-Betul Halal


Lipstik Huda Beauty tidak perlu lagi introduksi yang panjang. Dah pasti anda pernah dengar macam-macam cerita & review tentang Huda Beauty. Salah satu star product Huda Beauty adalah matte lipstiknya yang sangat popular. Lipstik ini mendapat reputasi matte lipstik halal, kononnya Huda Beauty ni datang dari Middle East. Hari ini kita akan kenal pasti sama ada lipstik ini betul-betul halal.


First thing first, brand Huda Beauty memang tak dapat dibeli di Malaysia. Kami beruntung dapat stok mini liquid matte lipstick set ini dari Sephora Champ Elysees di Paris walaupun banyak sangat orang beratur di kaunter Huda Beauty. Produk Huda Beauty memang hangat macam pisang goreng, bukan sahaja dikalangan wanita Muslimah, malah Huda Beauty juga terdapat banyak followers orang putih.

Dari kiri: Vixen, Spice Girl, Flirt, Trendsetter
The Brown Edition Liquid Matte Minis ini terdapat 4 warna coklat dalam tube size 1.9ml. Size yang kecil ini senang untuk diletak dalam beg dan boleh dibawa ke mana jua. Untuk first-timer, lipstik size mini ini memang sesuai untuk trial, malah anda dapat cuba 4 warna yang berlainan. Warna yang dipilih untuk set ini juga sangat sesuai untuk semua warna kulit.

Texture lipstik ini ada cream, senang disapu seperti mentega. Dalam masa beberapa saat setelah disapu, ia akan bertukar menjadi matte, iaitu kering dan tidak berkilau seperti lipstik lain. Salah satu kelebihan lipstik ini adalah fungsi waterproof-nya yang tidak akan meninggalkan kesan atas cawan. So girls, you memang tak payah nak reapply lipstik ini banyak kali - boleh pakai dari siang sampai ke malam. Tetapi ada juga yang akan rasa pelik kerana lipstik ini memang susah untuk dicuci. Anda perlu makeup remover yang mengandungi oil-based untuk meninggalkan semua kesan lipstik ini. Untuk yang bersolat, sediakan lah makeup wipes dalam beg tangan ye...

Sekarang untuk topik halal pulak, kita kena kenalpasti kandungan lipstik ini:

Isododecane. Cyclopentasiloxane. CeraAlba. Trimethylsiloxysilicate. Polyproplsilsesquioxane. Octyldodecanol. Disteardimonium Hectorite. Mica. Alcohol. Ethyl Vanillin. Phenoxythanol. Parfum. Propylene Carbonate. Aqua. Phospholipids. Coffee Arabica Seed Extract. Olea Europaea Fruit Oil. Ascorbyl Palmitate. Linoleic Acid. Retinyl Palmitate. Tocopheryl Acetate. Lycopene

Salah satu kandungan lipstik ini adalah alkohol. Pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali dalam ajaran Islam, tetapi dalam kes kosmetik, kebanyakan produk perlukan alkohol sebangai bahan pengawet. Sama ada lipstik Huda Beauty ini adalah betul-betul halal, kami rasa kami tiada komen yang lanjut. Anda fikirkanlah untuk diri sendiri whether using the lipstik will shake your faith in God.

No comments:

Powered by Blogger.