Le’Jemalik - Salon Khusus Untuk Muslimah

June 27, 2017

Dalam era #girlpower dan #girlboss ini memang tidak hairan yang wanita boleh capai impian apa-apa sahaja. Yang hairannya, New York dah ada salon kecantikkan khas untuk wanita muslimah, tetapi Malaysia bila lagi? Salon yang dimiliki oleh Huda Quhshi ini hanya mengambil pelanggan perempuan sahaja supaya wanita Muslimah rasa senang hati bila kunjungi salon ini.


Salon yang dinamakan Le'Jemalik (maksudnya "Untuk Kecantikkan Anda" dalam bahasa Arab) memberi treatment kecantikkan seluruh kepada pelanggan - kecantikkan rambut, spa, tato henna, facial dan lain-lain lagi. Semua treatment akan dilangsungkan secara private supaya orang yang lalu-lalang di hadapan tidak dapat menjenguk ke dalam salon.


Walaupun salon ini direka khas untuk Muslimah, semua wanita tidak kira agama boleh mengunjungi salon ini. Yang tidak dibenarkan adalah apabila pelanggan membawa suami ataupun pasangan lelaki ke salon ini. Lelaki hanya dibenarkan untuk menunggu diruang hadapan salon. Bahagian rawatan salon ini dilindugi oleh dinding belakang kaunter supaya semua pelanggan wanita dapat menikmati rawatan kecantikkan mereka tanpa was-was. Produk yang digunakan juga Muslim-friendly.


Lokasi salon ini berada di Bay Ridge, Brooklyn, New York. Jika anda berpeluang untuk ke NYC, jangan lupa untuk kunjungi salon yang istimewa ini. 

No comments:

Powered by Blogger.